KUALA LUMPUR – Kes kematian akibat jangkitan Covid-19 bertambah 4,684 semalam dengan lima kes import.
Pertambahan itu menjadikan kes Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 4,667,851.
Kes kematian pula bertambah 11 lagi kepada 36,020.
Data COVIDNOW menunjukkan kes aktif pula sebanyak 46,904.
Daripada jumlah itu sebanyak 45,264 kes dikuarantin di rumah manakala 28 lagi di Pusat Kuarantin Rawatan Covid.
Sementara itu, 1,556 kes dirawat di hospital dengan 56 kes di unit rawatan rapi hospital.
Daripada kes itu, 35 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh yang direkodkan sebanyak 4,275. – MalaysiaGazette