KUALA LUMPUR – Sejumlah 4,066 ekor gagak berjaya ditembak dalam Operasi Menembak Gagak 2022 anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) semalam.
Operasi yang dianjurkan melalui Jabatan Kesihatan MBSJ dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada IPD Subang Jaya dan IPD Serdang di 20 lokasi hotspot yang telah dikenalpasti.
MBSJ berkata, operasi bermula 7 pagi hingga 9 malam itu melibatkan 56 orang peserta bagi mengurangkan populasi burung gagak yang menimbulkan kacau ganggu di kawasan pentadbiran MBSJ, sekaligus meningkatkan kebersihan bandaraya ini.
“Orang ramai diseru menjaga kebersihan terutamanya dari aspek pembuangan dan pengurusan sampah untuk mengelakkan populasi burung gagak kembali bertambah,” kata MBSJ. – MalaysiaGazette