logo luar negara
Gambar hiasan

NEW YORK – Seorang lagi lelaki Muslim dibunuh di New Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan pihak berkuasa sedang berusaha memastikan jika pembunuhan empat lelaki Muslim dalam tempoh sembilan bulan lalu mempunyai kaitan dengan kematian lelaki tersebut.

Ketua Polis Albuquerque, Harold Medina memberitahu wartawan bahawa ‘seorang pemuda yang merupakan sebahagian daripada komuniti Muslim telah dibunuh’ pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, pembunuhan tersebut boleh dikaitkan dengan tiga lagi Muslim lelaki yang ‘ditembak secara serangan hendap’ dalam tempoh sembilan bulan, lapor agensi berita, Anadolu.

Pihak berkuasa mengulangi permintaan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai pembunuhan itu menghubungi polis, dilaporkan langkah keselamatan dalam aspek-aspek tertentu ditingkatkan di bandar didiami komuniti Muslim.

Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR), organisasi hak-hak asasi Muslim terbesar AS, meningkatkan habuan kepada AS$10,000 daripada AS$5,000 untuk maklumat yang membawa kepada penahanan suspek atau suspek yang mempunyai hubungan dengan pembunuhan terbabit.

Pada Khamis lalu, pegawai polis Albuquerque, Kyle Hartsock berkata, individu yang membunuh Muslim itu dalam tempoh sembilan bulan mungkin orang yang sama. – Agensi