Air Selangor water tariff
Gambar hiasan

UALA LUMPUR – Kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa (LRA Sg Rasa) telah dimulakan pada jam 9 pagi hari ini mengikut jadual seperti yang telah diumumkan pada 26 Julai 2022.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset ini dijangka akan siap pada jam 9 malam ini.

Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.

Bagaimanapun, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di kesemua 188 kawasan di wilayah Hulu Selangor pada jam 1 pagi, 11 Ogos 2022 (Khamis).

Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor Wilayah Petaling dan Gombak. Bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air di Batu Caves dan Damai Utama, Puchong. – MalaysiaGazette