Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 lagi kematian direkodkan semalam, dua hari berturut-turut kes kematian membabitkan dua angka.

Jumlah itu termasuk enam kes membabitkan kematian di luar hospital, sekali gus menjadikan angka terkumpul meningkat kepada 36,056.

Manakala jumlah kes yang direkodkan semalam sebanyak 4,896 kes.

Dengan pertambahan itu, kes Covid-19 meningkat kepada 4,681,412.

Data COVIDNOW menyaksikan kes aktif 44,622 dengan 1,577 ditempatkan di hospital.

Daripada jumlah itu, 68 kes dirawat di unit rawatan rapi hospital dengan 37 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 2,979 dalam tempoh sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast