Gambar hiasan

BEIRUT – Seorang lelaki bersenjata api yang menahan pelanggan bank sebagai tebusan menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas berunding selama tujuh jam.

Bassam Sheikh Hussein, 42, menjadikan enam pelanggan bank dan seorang kakitangan bank sebagai tebusan selepas aset beliau dibekukan.

Media Lubnan melaporkan Hussein melepaskan tiga das tembakan amaran ketika beliau menyerbu cawangan bank itu pada jam 11 pagi waktu tempatan dan mengancam untuk membakar premis tersebut.

Hussein menyerah diri kepada pihak keselamatan Lubnan selepas  ketegangan timbul daripada ancaman kekerasan terhadap penghantar makanan ke bank itu secara percuma.

Semua tebusan dibebaskan dalam keadaan baik.

Lelaki itu bersetuju untuk meninggalkan bank selepas dijanjikan pembayaran sebanyak AS$35,000 yang diperlukan untuk rawatan bapanya.

Saksi memberitahu (MEE) bahawa Hussein menyimbah minyak tanah ke arah kakitangan bank itu, mengancam untuk membakarnya jika bank tidak menyerahkan deposit tunai yang telah dibekukan.

Ketika menahan tebusan itu, salah seorang kaitangan bank tersebut memberitahu (MEE), dalam perbualan telefon Hussein enggan mengakhiri insiden tebusan sebelum beliau menerima wangnya.

Seorang kawan Hussein yang tidak mahu dikenali memberitahu MEE, Hussein memutuskan untuk menyerbu bank itu selepas semua cubaan untuk mendapatkan wang beliau tidak berjaa.

“Sebentar tadi, bapanya dimasukkan ke hospital, dan dia mempunyai beg berisi wang untuk membayar bil perubatan.¬† Kelihatan ini penamatnya,” kata kawan Hussein.

Seorang pegawai keselamatan memberitahu MEE, pasukan perunding pada awalnya menghadapi kesukaran berhadapan dengan Hussein untuk menyelesaikan insiden itu.

MEE difahamkan Hussein membenarkan seorang kakitangan menggunakan telefonnya untuk menghubungi dunia luar dan meminta bank tersebut supaya tidak membekukan aset beliau dan menyerahkan wang kepadanya.

Hussein kemudian menghubungi perunding pihak keselamatan Lubnan secara terus.

Selepas jam 5 petang waktu tempatan, pihak keselamatan membenarkan makanan untuk lapan orang dihantar kepada mereka.

Dalam rakaman video, Hussein kelihatan membawa selaras senapang berjalan ke dalam bank, meminta wang yang dibekukan yang dilaporkan berjumlah hampir AS$209,000.

Kedengaran beliau menjerit ke arah kakitangan bank dan berkata beberapa kali: “Beri duit saya,”.

Polis dan tentera menutup kawasan sekeliling bank itu.

Pada Januari lalu, seorang lelaki menyerbu sebuah cawangan bank BBAC di barat Beirut dan berjalan keluar dengan aset beliau yang dibekukan berjumlah AS$50,000 selepas berunding selama empat jam dengan pihak berkuasa.

Abdullah al-Saei menahan kakitangan bank sebagai tebusan dan mengancam untuk membakar dirinya dan cawangan itu jika kakitangan bank tidak menyerahkan wang kepada beliau.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, pihak berkuasa Lubnan merampas wang tersebut bagi siasatan jenayah. – Agensi