Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee beramah mesra bersama pengunjung yang hadir ke Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 13 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Isu kebocoran data membabitkan penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian, iPay88 akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung perkara itu.

“Kita akan bawa isu ini ke kabinet, ada cadangan untuk RCI dan lain-lain jadi kita akan bincangkan isu dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (Maha 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), di sini, hari ini.

Sebelum ini, iPay88 dilaporkan mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang mungkin menjejaskan data kad pengguna.

Dalam kenyataan, iPay88 berkata, sejak 31 Mei lalu, ia sudah menggunakan pakar keselamatan siber bagi membendung isu berkenaan.

Bahagian teknikal iPay88 memaklumkan pelayan yang diserang tidak menyimpan data peribadi pengguna kerana data peribadi itu disimpan dalam pelayan berasingan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Selagi teknologi makin maju maka makin banyak penjenayah terkini…
    Selagi kaya maka semakin ramai mahu lagi kaya..
    Penjenayah bukan kisah sama ada orang kaya atau orang miskin.

Comments are closed.