Dua pelajar sekolah menengah antara 11 individu ditahan pihak polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang di Ipoh, Perak hari ini.

IPOH – Dua pelajar sekolah menengah antara 11 individu ditahan pihak polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang di sini hari ini.

Operasi selama empat berakhir 4 pagi itu dilakukan 89 pegawai dan anggota termasuk daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, operasi tersebut merupakan salah satu usaha pihak polis dalam mengurangkan kes kemalangan jalan raya di serta mencegah jenayah jalanan di sekitar Ipoh.

Jelas beliau, sebanyak 72 motosikal dan 85 individu diperiksa dalam operasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan operasi itu membawa kepada tangkapan 11 individu termasuk pelajar sekolah berusia 14 tahun yang didapati menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan serta pemalsuan nombor kenderaan.

“Sembilan motosikal turut disita selain 187 keping saman trafik pelbagai kesalahan telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kes disiasat mengikutSeksyen 42 (1) dan 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam perkembangan sama Yahaya berkata, dua suspek ditahan susulan positif dadah jenis methamphetamin.

“Kedua-dua individu itu ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998),” kata beliau. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hari tu kat Penang, 5 Mat Rempit mati ngeri korang ni tak serik2 lagi ker? Mat Rempit ni mmg sial laaa…mampos lagi baik

Comments are closed.