KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) sudah menguruskan beberapa pembahagian kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, proses pemilihan dan pembahagian kerusi itu masih berjalan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau juga menegaskan, tiada isu berbangkit dalam pembahagian kerusi itu.

We have already done some of the process (pembahagian kerusi), it’s an ongoing process so when the time comes we’ll finalise it.

No issue, we have discussed it and we’re going to continue doing it” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di Bangunan Datuk Onn, Kuala Lumpur malam ini.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai tarikh pembubaran Parlimen, beliau berkata, ia terletak pada tangan pucuk pimpinan parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – MalaysiaGazette