Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mempersoalkan kelewatan kerajaan menyahklasifikasikan laporan siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mengenai perolehan kapal tempur pesisir (LCS) dan laporan audit forensik projek tersebut.

Beliau berkata, mesyuarat jemaah menteri telah bersetuju untuk menyahklasifikasikan dua laporan berkenaan.

“Tetapi hampir seminggu sudah berlalu, belum ada tindakan yang dijanjikan. Saya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memastikan janji beliau dan keputusan Jemaah Menteri tidak dibelakangi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 10 Ogos lalu, mesyuarat jemaah menteri mencadangkan supaya laporan pengauditan pengauditan forensik projek LCS yang dijalankan pada 2019 dinyahklasifikasikan.

Ismail Sabri menjelaskan proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu. – MalaysiaGazette