Ahmad Shabery Cheek hutang peneroka felda
Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ditempelak kerana membuat kenyataan bahawa UMNO cuba mengalih perhatian rakyat dengan menunjukkan bahawa kapal tempur pesisir (LCS).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Chek berkata, Bersatu dan UMNO sama-sama dalam kerajaan sekarang dan sepatutnya pari itu boleh membuat gesaan supaya  pendakwaan segera dilakukan kepada mana-mana pihak yang bersalah.

“Tak faham. Kejap nak Umno, kejap marah UMNO. Suruhlah dakwa segera mana-mana yang salah. Atau cepat2 tekan butang. Senang naik pentas lain-lain,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa UMNO cuba mengalih perhatian rakyat dengan menunjukkan bahawa kapal LCS itu wujud.

Katanya, isu sebenar bukan sama ada kapal itu wujud atau tidak tapi isunya ialah projek itu dah terlalu jauh tersasar dari tempoh siap yang dinyatakan dalam kontrak dan progres tidak sepadan dengan jumlah RM6 bilion yang telah dibayar.

”Kenapa tiada tindakan apabila projek sebegini besar lari jauh dari tarikh siap yang dipersetujui? Kenapa duit dibayar sebegitu banyak sehingga tidak sepadan dengan progres projek? Kenapa pandangan panglima TLDM ditolak sehingga kapal yang dibeli bukan kapal yang dikehendaki oleh TLDM? Adakah ada apa-apa salah laku di sebalik skandal ini? Adakah sesiapa kaut untung hingga berbilion ringgit?

”Itu soalan-soalan sebenar. Bukan sama ada kapal wujud atau tidak,” kata Wan Saiful sambil menjangkakan UMNO akan bermati-matian cuba melarikan perhatian rakyat dan mengelirukan rakyat kerana pemimpin tertinggi UMNO dinamakan secara terus dalam laporan PAC.

Mengulas lanjut kenyataan tersebut, Ahmad Shabery mempersoalkan apa jasa-jasa Bersatu kepada rakyat.

”Yang orang ingat, projek HSR. Bayar RM320 juta, terus jadi halimunan,” katanya. – MalaysiaGazette