Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra Para Wartawan ketika Majlis Minum Petang Pengamal Media Wanita Malaysia (PERTAMA) di Premiera Hotel, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 15 OGOS 2022.

KUALA LUMPUR – Petugas media wanita menjadi sebahagian daripada barisan hadapan kerana mereka bertugas tanpa mengira masa dan keadaan negara.

Bagaimanapun menurut Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) Sariha Mohd Ali, golongan itu tetap berpegang dengan etika kewartawanan dan prinsip hanya melaporkan perkara yang sahih dan benar demi kebaikan negara.

Katanya, pelbagai cabaran yang dihadapi demi menandingi media baharu pada waktu ini termasuklah kewujudan ‘wartawan segera’ yang menulis tanpa mempedulikan kesahihan maklumat yang disiarkan.

“Kita warga media perlu berusaha menandingi kehebatan media baharu yang segala maklumat hanya di hujung jari menggunakan pelbagai teknologi yang ada.

“Pada masa sama, kami juga berdepan ‘wartawan segera’ yang menulis dan menerbitkan bahan di lama sesawang mereka tapa mempedulikan maklumat dipaparkan itu benar atau sebaliknya,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Minum Petang PERTAMA bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini hari ini.

Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA), Sariha Mohd Ali berucap ketika Majlis Minum Petang Pengamal Media Wanita Malaysia (PERTAMA) di Premiera Hotel, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 15 OGOS 2022.

Sebagai rekod, PERTAMA ditubuhkan pada 12 Januari 1971 dan diasaskan oleh Azah Aziz yang pernah menjadi wartawan di Utusan Melayu dan Berita Harian.

Sementara itu, Sariha mendedahkan PERTAMA yang telah ditubuhkan selama 51 tahun berhadapan dengan kekangan sumber untuk melaksanakan program yang telah dirancang khususnya melibatkan pembangunan warga media.

“Jadi, besarlah harapan kami lika Perdana Menteri dan menteri wanita kita sudi memberi sumbangan kepada PERTAMA supaya kami dapat ‘bernafas’ sedikit untuk menjalankan aktiviti demi kepentingan ahli,” tambahnya.

Perdana Menteri selepas itu mengumumkan bantuan sebanyak RM300,000 kepada PERTAMA.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast