Thalia (tengah) bersama kakitangan dan ejen syarikatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jika dulu dikenali Iman Health And Beauty kini selepas ia dijenamakan semula sebagai TALIA – produk kecantikan  yang mampu dijual dalam pasaran antarabangsa.

Namun ia hanya mampu menjadi realiti dengan kehadiran lebih ramai stokis dan ejen yang boleh menarik lebih banyak sokongan daripada pengguna tempatan.

Bercakap dengan MalaysiaGazette, pengasas TALIA, Datin Thalia Baiduri Abdul Rasyid teruja untuk menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan pada satu masa kelak dan memasarkannya ke luar negara.

Beliau juga mempunyai impian besar untuk melahirkan golongan usahawan dalam kalangan wanita termasuk ibu tunggal yang berjaya dengan memasarkan produknya.

Pengasas TALIA, Datin Thalia Baiduri Abdul Rasyid teruja untuk menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan tempatan dan pada satu masa kelak memasarkannya ke dunia luar.

“Cita-cita saya tinggi, impian saya juga besar, saya mahu memperkasa golongan wanita. Pastilah lelaki juga mempunyai peluang yang sama jika ingin bersama teroka dunia bisnes TALIA ini tetapi saya ingin sangat melihat rakyat kita berjaya seperti saya.

“Ini juga sebenarnya akan membantu menaikkan nama produk saya. Sebenarnya produk dihasilkan usahawan tempatan berpotensi untuk bersaing dengan produk peringkat antarabangsa sekiranya mendapat sokongan penuh daripada pengguna tempatan.

“Walaupun kita sudah berusia tiga tahun tetapi sejak pandemik Covid-19 melanda, ramai yang susah, hilang kerja, punca pendapatan hilang dan sebagainya. Kita sendiri juga terkesan namun pada masa sama, kami di TALIA mendapat semangat untuk berniaga secara atas talian.

“Lebih ramai stokis dan ejen percaya pada produk kita mula menyertai kita, ini juga antara sebab tercetusnya idea untuk penjenamaan semula yang rata-rata menerima reaksi positif,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu merasmikan produk kecantikan serta penjenamaan semula TALIA.

Dalam majlis itu, mana-mana usahawan dan stokis yang berjaya mencapai sasaran, pihak pengurusan menghargai mereka dengan memberikan ganjaran termasuk kenderaan mewah.

“Kita amat komited dengan apa yang ilhamkan, apa yang kami rancang dan sasar. Setakat ini, kita telah menyasarkan RM10 juta jualan produk bagi tahun ini manakala RM30 juta untuk 2023. Untuk itu, kita mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai cita-cita dan semangat untuk berjaya menjadi sebahagian dari kami.

“TALIA menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan baru kepada rakyat Malaysia khususnya yang terkesan akibat wabak Covid-19 dan juga remaja lepasan sekolah yang sedang menunggu peluang pekerjaan serta mereka berminat bisnes atas talian,” ujarnya. -MalaysiaGazette