Fahmi Fadzil, Khalid Abdul Samad dan Teo Nie Ching.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk menyambung siasatan terhadap pembelian kapal tempur pesisir (LCS) yang terhenti selepas kerajaan PH tumbang pada Februari 2020.

Pengarah-pengarah komunikasi komponen PH dalam satu kenyataan bersama berkata, parti itu juga akan melaksanakan strategi yang dikemukakan melalui Kertas Putih Pertahanan.

“Kami, PH berjanji akan menyambung kembali siasatan yang telah dihentikan oleh kerajaan PN dan BN selepas kami dijatuhkan, jika rakyat memberikan mandat semula kepada kami dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita juga akan melaksanakan segala strategi yang dikemukakan melalui Kertas Putih Pertahanan yang telah dibentangkan sebelum ini.

“Kami akan memastikan tentera kita mendapat layanan terbaik
dan warganya dibekalkan dengan kelengkapan yang sesuai dan terbaik untuk menjalankan tugas mereka untuk negara,” katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching dan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad.

Mereka mendakwa Kerajaan BN telah melayan tentera secara lepas tangan (take it or leave it) sahaja.

“Dengan terdedahnya apa yang berlaku kepada LCS, kami yakin pihak yang paling sedih dengan skandal ini adalah penggunanya iaitu warga TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) sendiri di samping rakyat negara ini.

“Kami kesal sikap kepimpinan Umno sebelum ini yang melayan tentera secara take it or leave it apabila mereka memesan kelengkapan ketenteraan tanpa mengambil kira keperluan penggunanya iaitu anggota tentera kita.

“Yang dipentingkan adalah mendapat projek untuk kroni mereka bukannya memenuhi keperluan tentera kita,” dakwa mereka.

Menurutnya, Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dibentang oleh Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan ketika Pakatan Harapan memerintah negara memperlihatkan TLDM mengharapkan mereka mempunyai LCS.

Kapal berkenaan akan dilengkapi helikopter yang memiliki keupayaan peperangan anti udara, anti permukaan anti kapal selam.

LCS juga diharapkan dapat menggantikan kapal frigat dan korvet yang telah berusia.

Mereka yakin pihak yang paling sedih dengan pendedahan LCS adalah penggunanya iaitu warga TLDM dan rakyat.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Dari dahulu sehingga kini kerja mereka hanyalah untuk menyiasat sahaja! 2 tahun jadi kerajaan apa deliverables pun tiada! Yileeek!

    Nasiblah masih ada lagi legasi projek2 Najib seperti menara PNB118, highway pan Borneo, keretapi pantai timur yang masih berjalan, dapat la juga rakyat pekerjaan!

Comments are closed.