AUCKLAND – Mayat dua manusia ditemui dalam dua beg pakaian yang dibeli semasa acara lelongan di New Zealand, kata polis.
Mayat kanak-kanak itu mungkin telah disimpan selama beberapa tahun dan mangsa dipercayai berusia antara lima dan 10 tahun.
Mayat-mayat itu ditemui apabila sebuah keluarga di Auckland Selatan membuka beg pakaian di rumah selepas membelinya minggu lalu.
Kanak-kanak itu disembunyikan dalam dua beg pakaian yang sama saiz, kata Inspektor Tofilau Faamanuia Vaaelua.
“Siasatan penemuan ini rumit kepada penyiasatan, mengambil kira masa kematian dan masa penemuan. Ini bukan siasatan mudah,” tambahnya.
Difahamkan, keluarga yang menemui mayat itu telah pergi ke unit penyimpanan dan membeli barangan yang diisi dalam treler termasuk beg pakaian, Khamis lalu.
Semua barang-barang itu sedang diperiksa dengan teliti oleh pakar forensik. – BBC