Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang telah memfailkan cerai di mahkamah, suaminya telah membuat panggilan dan mengugut mahu membunuh isterinya.

Bagaimanapun tindakan suspek warga tempatan itu membawa padah apabila berjaya diburu dan diberkas polis di Air Panas, Setapak dejat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, insiden itu berlaku di hadapan Ampang Waterfront di sini pada 16 Ogos lalu.

Semasa kejadian lebih kurang pukul 6 petang itu, pengadu menerima panggilan telefon dari suaminya kerana tidak berpuas hati pengadu telah memfailkan cerai.

“Suspek telah membuat ugutan terhadap isterinya itu dengan mengatakan “akan memastikan kamu (isteri) mati dan cacat seumur hidup” yang kemudian telah mendatangkan ketakutan kepada pengadu sebelum membuat satu laporan polis demi keselamatan diri,” kata beliau menerusi kenyatan hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, bertindak ke atas laporan, pada Khamis lalu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya telah membuat serbuan di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Jalan Usahawan di sini.

Hasil serbuan polis berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warga tempatan berumur 35 tahun iaitu suspek yang merupakan suami pengadu disyaki terlibat di dalam ugutan bunuh itu.

“Semakan lanjut ke atas lelaki itu mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau kesalahan dadah.

“Pagi tadi suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Ampang dan polis berjaya memperoleh perintah reman selama empat hari sehingga 22 Ogos ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk meneruskan siasatan ke atas individu tersebut,” katanya.

Kes sedang disiasat polis mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada ugutan jenayah mendatangkan ketakutan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahannya.-MalaysiaGazette