Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd Sufian Sulaiman ketika menyampaikan hadiah kepada kakitangan Perikanan semasa pelancaran Kempen Laut Bebas Plastik di Pantai Sepat, Pahang.

KUANTAN – Seramai 20,000 nelayan di seluruh negara boleh membantu memulihkan ekosistem hidupan laut dengan membersihkan dasar lautan daripada tercemar dengan sampah sarap.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd Sufian Sulaiman berkata, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada Kempen Laut Bebas Plastik bagi memulihara hidupan laut yang terancam memandangkan plastik sukar dilupuskan.

“Persatuan nelayan banyak dalam negara, dan ada 20,000 nelayan seluruh negara boleh membantu kumpul bawa balik sampah dan lupus cara yang betul.

“Seperti mana kita tahu plastik mengancam kehidupan laut seperti penyu dan ikan, jadi penglibatan menyeluruh daripada pihak berkepentingan (stakeholder) dalam sektor perikanan ini perlu supaya plastik dapat dikutip,” katanya, di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd Sufian Sulaiman

Jelasnya, Kempen Laut Bebas Plastik yang dijalankan di Pantai Sepat hari ini merupakan permulaan bagi memastikan ia berteruskan di peringkat persekutuan, negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya ancaman pencemaran plastik terutama mikroplastik yang sedang berkembang dengan sangat pantas.

“Menerusi kempen ini, spesis hidupan air dapat diselamatkan, makan dan mikroplastik dalam usus dan rosak sistem pendarahan ikan dan kemudian ikan dimakan manusia.

“Plastik dan sampah mempengaruhi hasil tangkapan apabila memusnahkan pukat, untuk jangka masa panjang, ia memberi kesan kepada manusia,” katanya.

Program yang berlangsung membabitkan 600 peserta mengutip sampah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast