Sebuah treler terbabas sebelum terjunam dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan ke Jalan Kuala Kangsar, Perak hari ini.

IPOH –  Seorang pemandu treler nyaris maut selepas kenderaan berat yang dipandunya jatuh dari jejambat Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Jalan Kuala Kangsar di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu menyebabkan pemandu treler, D. Kumar, 50, yang berasal dari Pulau Pinang mengalami cedera ringan.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden terbabit daripada anggota Peronda Lebuh Raya (EMPV) yang sedang melakukan rondaan di kawasan terbabit.

“Treler itu dikatakan dalam perjalanan menghala ke utara terbabas di Kilometer 271.2 sebelum terjunam ke jalan Persekutuan.

Pemandu treler hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian.

“Keadaan jalan di lokasi adalah lurus dengan keadaan cuaca juga baik dan hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berpunca daripada masalah brek yang dialami treler terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video termasuk rakaman kamera papan pemuka (dashcam) kenderaan menunjukkan treler tersebut terjatuh dari atas jejambat.

Insiden itu menyebabkan aliran trafik di Jalan Kuala Kangsar sesak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast