logo luar negara
Gambar hiasan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan satu lagi pakej bantuan ketenteraan terbaharu kepada Ukraine bernilai AS$775 untuk memperkukuh kekuatan tentera di Kyiv, Agensi Anadolu.

Memetik kenyataan Pentagon, pakej itu merangkumi pelbagai jenis peralatan canggih termasuk Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS), dron Scan Eagle, kenderaan berperisai kalis periuk api yang dilengkapi sistem antiradiasi dan peluru berpandu.

Peluru berpandu antiradiasi lazimnya digunakan untuk menyasarkan sistem radar dan peralatan komunikasi.

Pakej itu diumumkan ketika serangan terbaharu dipercayai berlaku di bandar Belgorod Rusia pada Khamis yang dilaporkan menyasarkan kemudahan penyimpanan peluru.

Setakat ini jumlah bantuan ketenteraan Amerika ke Ukraine sejak Januari 2021 berjumlah AS$12.6 bilion dengan sejumlah besar disalurkan selepas tercetusnya konflik Rusia-Ukraine Februari lalu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast