Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengetuai 73 Ketua UMNO Bahagian berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber, selain Ahmad, turut hadir Naib Presiden UMNO dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, pertemuan berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya sebentar tadi.

Kesemua 73 Ketua Bahagian UMNO mengadakan mesyuarat tergempar dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn. – MalaysiaGazette