Murid tahun 3 sesi persekolahan tahun 2021 yang bersekolah di negeri ini dipelawa memohon Biasiswa Pahang bagi kategori Sekolah Rendah 2022 bermula hari ini.

KUANTAN – Murid tahun 3 sesi persekolahan dipelawa memohon Biasiswa Pahang bagi kategori Sekolah Rendah 2022 bermula hari ini.

Menerusi kenyataan hari ini, Yayasan Pahang memaklumkan permohonan boleh dibuat melalui pengurusan sekolah masing-masing bermula 22 Ogos sehingga 7 Oktober depan.

Pelajar yang layak memohon termasuk mereka yang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) , Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam negeri Pahang Darul Makmur.

Syarat utama kelayakan pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia termasuk ibu atau bapa penjaga.

Manakala syarat lain mereka mesti anak Pahang yang ditakrifkan sebagai; ‘pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang Darul Makmur’.

Selain itu, ibu bapa pemohon mempunyai pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM2,500 digalakkan memohon bagi Biasiswa  Tahun 4 sesi persekolahan 2023.

Pemohon boleh menghubungi talian 09-5181800 atau layari laman sesawang www.yp.org.my untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast