Azhari Shaari
Azhari Shaari

KUALA LUMPUR – Penafian Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bahawa Zainab Mohd Salleh yang dikaitkan dengan kritisan projek kapal tempur pesisir (LCS) bukan isterinya menunjukkan fakta dan data Rafizi Ramli ternyata tidak betul.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari berkata, ternyata Timbalan Presiden PKR itu kaki fitnah.

”Tak sampai 24jam Allah tunjukkan bukti yang Rafizi Ramli kaki penipu dan fitnah,” kata beliau dalam hantarannya di Facebook.

Terdahulu dalam hantaran berasingan, beliau berkata, sebenarnya pendedahan dibuat oleh Rafizi itu adalah cubaan naratif untuk memburukkan UMNO melalui kes LCS sahaja.

Ini kerana, ketika projek itu disiasat pada tahun 2019, Rafizi hanya mendiamkan diri sahaja kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah sekutu Pakatan Harapan (PH), selain DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

”Dia akan runtuhkan kerajaan PH masa itu jika dia bongkarkan perkara ini lebih awal. Tapi dia tak sangka rupanya Kerajaan PH runtuh sendiri akibat ketamakkan kuasa untuk menjadi Perdana Menteri antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dengan Tun Mahathir dari Bersatu ketika itu.

”Maka ketika ini lah masa sesuai Rafizi bongkarkan dan cipta naratif untuk burukkan UMNO melalui kes kapal LCS ini kerana kerajaan sekarang adalah campuran daripada BN dan PN. Dia berharap dia berjaya mencipta naratif untuk merosakkan UMNO jika berlakunya PRU-15,” katanya.

Azhari berkata, jika mengikut laporan PAC dan kenyataan Rafizi sendiri, kesalahan kapal LCS ini bukanlah dari pemimpin UMNO tetapi dia cuba sedaya-upaya mengaitkan dengan pemimpin UMNO dengan menulis Abdul Latiff adalah bekas ahli parti.

Di dalam kenyataan Rafizi, dia mengaitkan Abdul Latiff dengan mengatakan Zainab Mohd Salleh ialah isteri kedua Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

”Yang kelakar pula, Abdul Latiff baru sahaja menafikan yang Zainab ini isteri dia. Sekarang ini macam mana? Siapa yang tipu? Rafizi ke Abdul Latiff?

”Ini maknanya Abdul Latiff pun kena fitnah. Saya harap Abdul Latiff saman Rafizi di atas data dan fakta dia yang salah sehingga menimbulkan fitnah.

”Rafizi bakal tambah saman baru lagi selepas saman fitnah Sapura Energy sebelum ini.

”Inilah akibat Rafizi suka sebarkan sesuatu perkara yang dia sebenarnya tidak tahu apa-apa,” ujar Azhari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast