PUTRAJAYA – Laungan ‘Hidup Bossku’ menyambut ketibaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.
Kenderaan yang membawa Najib bergerak perlahan ketika melepasi penyokong Ahli Parlimen Pekan itu yang setia menunggu di laluan belakang Istana Kehakiman.
Kenderaan berkenaan berhenti sekejap dan Najib keluar untuk menyapa penyokongnya sekejap.
Najib kelihatan tenang sekali.
Beliau kemudian masuk semua ke dalam kenderaan dan membuka tingkap sambil melambai ke arah penyokong yang berteriak ‘bossku’ beberapa kali.
Wartawan MalaysiaGazette yang berada di sini menyaksikan ada dalam kalangan penyokong Najib yang mengalir air mata apabila melihat kereta yang membawa bekas Perdana Menteri itu masuk ke dalam mahkamah.
Sehingga ini, lebih 1,000 orang penyokong berhimpun di belakang Istana Kehakiman menunggu keputusan rayuan Najib.- MalaysiaGazette