Penjara Sungai Buloh menjadi tumpuan pengamal media sejak tengah hari tadi sementara menunggu keputusan rayuan terakhir kes SRC International membabitkan Datuk Seri Najib Razak.
Selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda ke atas bekas perdana menteri itu, semakin ramai pengamal media membanjiri pekarangan Penjara Sungai Buloh.