PKR Flag Anwar Ibrahim Prime Minister
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menganjurkan Konvensyen Pilihan Raya 2022 pada Sabtu ini sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengarah Konvensyen Pilihan Raya PKR 2022, G. Manivanan berkata, penyertaan terbuka kepada semua lapisan pimpinan termasuk pimpinan pusat, negeri, cabang, Angkatan Muda Keadilan, Wanita, Srikandi, Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, aktivis parti, akar umbi termasuk sukarelawan parti.

“Semua peserta digalakkan mendaftarkan diri lebih awal melalui ‘Google Form’ yang disediakan manakala pendaftaran pada hari konvensyen akan bermula pada 1 tengah hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Manivanan, konvensyen terbahagi kepada dua segmen iaitu segmen pertama suara akar umbi dan segmen kedua, suara pimpinan terdiri daripada ucapan dan amanat khas pilihan raya oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim serta amanat strategi pilihan raya oleh Pengarah Pilihan Raya PKR Rafizi Ramli. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast