MGNews : CAAM Perkenal Sistem Urus, Pantau Dron – Ka Siong

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bakal memperkenalkan Sistem Pengurusan Trafik UAS (Sistem UTM) bagi mengurus dan memantau keseluruhan aktiviti penerbangan dron.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata sistem tersebut termasuk untuk aktiviti dron kegunaan komersial ataupun rekreasi.