zahid hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menyampaikan Taklimat Khas Presiden UMNO pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, taklimat mengenai isu semasa itu akan berlangsung pada pukul 2 petang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Standby, jemputan rasmi akan dibuat,” katanya dalam ciapan Twitter miliknya hari ini.

Beliau memberitahu, jemputan dibuat kepada semua ahli jawatankuasa UMNO bahagian dan pemimpin-pemimpin yang ingin hadir serta mereka diminta memakai baju merah UMNO.

MalaysiaGazette cuba menghubungi Ahmad untuk mendapatkan maklumat sama ada taklimat itu diadakan berikutan keputusan kes SRC International Sdn. Bhd. membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Namun setakat ini, beliau belum memberi sebarang maklum balas. – MalaysiaGazette