Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) sedang mempertimbangkan untuk mereka bentuk baharu logo bagi memberi imej dan nafas baharu dalam gerak kerja Pilihan Raya Umum Ke-15.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan semalam yang turut menjadi ketetapan penting sebagai langkah persiapan dalam menghadapi pilihan raya nanti.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Majlis Presiden PH berkata, PH akan bertanding dengan menggunakan logo pakatan itu sahaja.

Selain itu, katanya, mesyuarat semalam turut membuat ketetapan untuk fokus kepada usaha konsolidasi bagi memperkukuh pakatan itu dalam menghadapi PRU15 tidak lama lagi. –  MalaysiaGazette