Rusdi Suparman.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Selangor FC 2, Rusdi Suparman menganggap barisan pemain telah melakukan yang terbaik mengikut perancangan dan hanya kesilapan kecil menghukum mereka untuk tewas 0-1 kepada Kuching City kelmarin.

Beliau mengakui berpuas hati dengah perlawanan itu daripada segi taktikal dan individu namun Kuching City juga memberikan persembahan terbaik.

“Mereka memiliki penyerang yang juga penjaring gol terbanyak sekarang, jadi mereka berjaya memanfaatkan perlawanan itu apatah lagi di halaman sendiri.

“Jaringan yang diperoleh Kuching juga adalah kesilapan sendiri, bukan disebabkan taktikal atau corak permainan, cuma kesilapan kecil di hadapan gol yang pihak lawan dapat menjaringkan gol”, katanya.

Keputusan kelmarin menyaksikan Selangor FC 2 di kedudukan kelapan selepas empat kekalahan berturut-turut manakala Kuching City ketika ini berada di tangga keempat liga dengan 30 mata. – MalaysiaGazette