SHAH ALAM – Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Tan Sri Muhyiddin Yassin “diboo” perwakilan Konvensyen Pilihan Raya Keadilan 2022 sebaik gambar mereka ditayangkan dalam video pendek.
Video lima minit itu memaparkan era pentadbiran PH sebagai kerajaan Persekutuan selepas mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) Mei 2018.
Perwakilan PKR dari seluruh negara itu masih tidak boleh menerima kejatuhan kerajaan PH akibat Langkah Sheraton yang diketuai Azmin dan Muhyiddin pada Mac 2020.
Mereka pantang melihat gambar pemimpin berkenaan yang dianggap sebagai pengkhianat kepada parti dan mandat rakyat.
Ketika ini perwakilan menunggu amanat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka disampaikan pada pukul 4.30 petang. – MalaysiaGazette
siapa LAGI yang SANGGUP DIKENCING HANCINGKAN oleh pimpinan MUNAFIK P akatan H ancing P unah HaraPAN KERANA mANIFESTO bukan KITAB SUCI TERUSLAH bersama mereka