najib zahid
Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak.

KUALA LUMPUR – Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) diselubungi hiba tatkala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan ucapan sempena Taklimat Khas Presiden UMNO hari ini.

Bercakap di hadapan lebih 3,000 ahli UMNO, Presiden UMNO Ahmad dilihat beberapa kali berhenti berucap dan mengelap matanya.

“Kehadiran ribuan di Dewan Merdeka menjadi bukti Datuk Seri Najib tidak akan pernah keseorangan dan tidak akan dilupakan,” katanya.

Jelas Zahid, Najib dilihat sebagai sebuah pohon besar yang sentiasa melindungi parti dan ahli-ahlinya.

“Secara peribadi, saya cukup terasa. Berbaur rasa sedih dan kecewa dengan perlakuan terhadap Datuk Seri Najib yang telah terlebih dahulu dihukum sebelum didapati bersalah.

“Bagi kami Datuk Seri Najib ibarat pohon besar di tengah padang, tempat bernaung dari kepanasan, tempat berlindung dari kehujanan,” katanya lagi.- MalaysiaGazette