Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin

KAJANG – Parti UMNO didakwa masih belum insaf apabila mempersoalkan mengapa Perdana Menteri belum menukar Peguam Negara.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin menyifatkan tindakan itu menunjukkan UMNO seolah-olah boleh mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang mereka mahukan.

”Itulah UMNO. Kita ingatkan UMNO dah insaf bila kalah PRU-14 mendapat peluang, ingatkan dan insaf. Tapi itulah pendekatan (UMNO),” katanya yang mengulas gesaaan Ahli Parlimen Penggerang,  Datuk Seri Azalina Othman Said yang mempersoalkan mengapa Datuk Seri Ismail Sabri tidak menukar Peguam Negara.

Dalam kenyataan semasa Taklimat Khas Presiden UMNO semalam, Azalina berkata, Ismail Sabri seharusnya menukar Peguam Negara dalam kalangan ‘orang dia’ untuk memudahkan segala urusan pentadbiran beliau.

“Jika kuasa penukaran Peguam Negara di tangan Perdana Menteri, mengapa Perdana Menteri tidak menukar Peguam Negara, malah ia adalah bidang kuasa Perdana Menteri,” katanya semalam.

Untuk rekod, Tan Sri Idrus Harun dilantik Peguam Negara selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan. – MalaysiaGazette

Sesiapa pun jadi PM, AG mesti orang dia – Azalina

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.