drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis sedang berusaha mengesan suspek yang menularkan video ular di media sosial mengenai anggota Trafik ketika bertugas di Ops Pelbagai Kesalahan di Jalan Selayang-Kepong Bypass pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada jam lebih kurang 11.56 pagi, semasa sepasukan anggota Trafik IPD Gombak menjalankan tugas Ops Pelbagai Kesalahan di Jalan Selayang-Kepong Bypass.

Kes disiasat dibawah Seksyen 504 Kanun Kesekaan iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita-berita palsu atau apa-apa berita atau perkara yang telah di manipulasikan demi kepentingan diri.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Hamizan Bin Mohamad Yunus di talian 03-61262222/ 013-8348384. – MalaysiaGazette