Seramai 25 wanita warga asing yang menyalahgunakan PLS untuk kegiatan pelacuran serta dua warga tempatan yang menjadi penjaga hotel diberkas dalam serbuan Imigresen di sebuah hotel dan juga kondominium di ibu negara. Ihsan JIM Putrajaya

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dikenali sebagai Mummy dan 24 warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana menawarkan perkhidmatan seks dalam sebuah di sebuah hotel dan kondominium di Puchong, Selangor pada Jumaat lalu.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, siasatan awal mendapati sindiket itu menggunakan wanita warga Indonesia yang berpenampilan seolah rakyat tempatan sebagai daya penarik untuk memancing pelanggan.

Katanya, dalam serbuan di kondominium itu, pasukan serbuan menahan seorang wanita warga asing disyaki menjadi ibu ayam  atau ‘Mummy’ berusia 28 tahun yang mengurus dan menjaga wanita wanita warga asing tersebut.

Antara 25 wanita warga asing yang menyalahgunakan PLS untuk kegiatan pelacuran serta dua warga tempatan yang menjadi penjaga hotel diberkas dalam serbuan Imigresen di sebuah hotel dan juga kondominium di ibu negara. Ihsan JIM Putrajaya

Tambah beliau, pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks akan berurusan melalui aplikasi Whatsapp dan selepas itu mereka akan diberi kata laluan untuk masuk ke hotel.

“Setiap pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM240 bagi sekali langgan khidmat seks manakala pelacur yang sihat dan boleh bekerja akan ditempatkan di hotel dan akan bekerja bermula jam 11 pagi hingga jam 4 pagi keesokan harinya.

“Manakala pelacur yang tidak sihat dan tidak boleh bekerja akan ditempatkan di kondominium dan dijaga oleh ‘Mummy’ dan tidak dibenarkan keluar meninggalkan rumah dan tempat kerja. Pergerakan mereka akan sentiasa diawasi oleh penjaga dan Mummy.

“Kondominium tersebut juga dijadikan tempat transit wanita yang baru tiba dari Indonesia atau Thailand sebelum dihantar ke hotel untuk bekerja sebagai pelacur dan sindiket ini dipercayai telah beroperasi secara aktif hampir dua tahun yang lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara 25 wanita warga asing yang menyalahgunakan PLS untuk kegiatan pelacuran serta dua warga tempatan yang menjadi penjaga hotel diberkas dalam serbuan Imigresen di sebuah hotel dan juga kondominium di ibu negara. Ihsan JIM Putrajaya

Dalam Ops Gegar itu, seramai 27 orang ditahan dan daripada jumlah itu, 25 adalah wanita warga asing berumur antara 18 hingga 47 tahun yang terdiri daripada 20 warga Indonesia, 3 warga Thailand dan 2 warga Vietnam.

Selain itu, JIM turut menahan dua lelaki warga tempatan yang disyaki penjaga premis hotel tersebut.

Dalam operasi itu, JIM turut merampas wang tunai berjumlah RM9,325 yang dipercayai diperolehi daripada hasil kegiatan pelacuran selain beberapa kondom, pelincir dan buku rekod kehadiran bekerja serta senarai pelanggan.

Sementara itu, Khairul Dzaimee memberitahu, semakan mendapati wanita asing terbabit dibawa masuk ke Malaysia menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) yang sah dan menepati syarat-syarat sebagai pelancong sebelum dikesan menyalahgunakan kemudahan PLS untuk melakukan aktiviti pelacuran.

Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast