Kemasukan pelancong ke Jepun dihadkan 50,000 sehari mulai 7 Sept. 2022. Foto BNN Newsroom

 

TOKYO – Had ketibaan harian ke negara Jepun akan dinaikkan daripada 20,000 kepada 50,000 pada 7 September ini, kata Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.

Kishida memberitahu sidang akhbar bahawa pelancong yang datang ke Jepun tidak perlu lagi mengikuti pakej pelancongan bersama pemandu pelancong kerana telah memudahkan lagi kawalan sempadannya, walaupun negara itu berada dalam gelombang ketujuh jangkitan Covid-19.

“Kami telah melihat bursa antarabangsa mendapat tarikan di pelbagai bahagian dunia. Kami meningkatkan had harian bagi ketibaan baharu kepada 50,000 mulai 7 September untuk menyertai trend dan memastikan faedah yen yang lemah dapat dirasai,” kata Kishida.

Kerajaan Jepun terus melonggarkan kawalan sempadannya yang ketat, selepas menjadi negara paling tegar dalam kalangan negara maju utama Kumpulan Tujuh (G7).

Kawalan sempadan paling ketat kerajaan Jepun telah mendapat kritikan hebat daripada sektor pelancongan, institusi pendidikan luar negara dan lobi perniagaan.

Jepun telah mula melonggarkan kawalan sempadan Covid-19 pada 24 Ogos lalu selepas pelancong masuk ke negara ini akan dikecualikan daripada mengambil ujian saringan Covid-19 sebelum berlepas jika mereka telah menerima tiga suntikan vaksinasi.

Keperluan ujian virus yang dilonggarkan juga akan berkuat kuasa pada 7 September, kata kerajaan.

Jepun masih bergelut dengan gelombang ketujuh jangkitan Covid-19 dan terus merekodkan kes kerana subvarian BA.5 Omicron yang sangat mudah berjangkit terus berleluasa di seluruh negara.

Walaupun kadar jangkitan yang tinggi, kerajaan tidak mengisytiharkan darurat Covid-19 dan tidak melaksanakan sebarang sekatan anti-virus seperti yang berlaku ketika jangkitan sebelum ini meningkat. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast