Mikhail Gorbachev

MOSCOW – Bekas pemimpin Soviet, Mikhail Gorbachev meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Beliau yang menamatkan Perang Dingin tanpa pertumpahan darah tetapi gagal menghalang keruntuhan Kesatuan Soviet, meninggal dunia di sebuah hospital.

Gorbachev, presiden Soviet terakhir, menjalin perjanjian pengurangan senjata dengan Amerika Syarikat dan perkongsian dengan kuasa Barat untuk menghapuskan Tirai Besi yang telah memisahkan Eropah sejak Perang Dunia Kedua dan membawa penyatuan semula Jerman.

Tetapi pembaharuan dalamannya yang luas telah melemahkan Kesatuan Soviet sehingga ke tahap ia runtuh yang disifatkan oleh Presiden Vladimir Putin sebagai “malapetaka geopolitik terbesar” pada abad ke-20.

“Mikhail Gorbachev meninggal dunia malam ini selepas penyakit serius yang sudah berlarutan,” kata Hospital Klinikal Pusat Rusia dalam satu kenyataan.

Dia akan dikebumikan di tanah perkuburan Novodevichy di Moscow, bersebelahan isterinya Raisa yang meninggal dunia akibat leukemia pada 1999, kata agensi berita Tass.- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast