Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO mendakwa wujudnya tangan-tangan ghaib dalam sistem keadilan negara susulan pendedahan surat daripada Pejabat Peguam Negara kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah supaya mengutamakan perbicaraan kes yang melibatkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Datuk Mohd Puad Zakarshi berkata, apabila surat itu ditarik balik, sekali gus mendedahkan sistem keadilan negara boleh ‘dikawtim’ dan semakin tercemar.

Katanya, kalau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba dizalimi, maka tidak hairan Datuk Seri Najib RAzak sebenarnya adalah mangsa kezaliman.

”Semua sudah dirancang. ‘Mesti ada abah konspirasi. Mesti ada master of manipulator. Ia tidak sukar untuk dicari. AG (Peguam Negara) dilantik di zaman siapa? Komen Azalina memang tepat.

”Mujur surat AG itu bocor. Terhalang kejahatan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Namun beliau percaya banyak lagi yang akan terbongkar kerana pasti ada kospirasi peringkat tertinggi.

Dakwa Puad, mereka yang terlibat dalam konspirasi ini mahu melemahkan Perdana Menteri.

Oleh itu, beliau menggesa perkara ini disiasat sampai ke lubang cacing, termasuk kes-kes lama.

” Pasukan Petugas Khas memang perlu tetapi Peguam Negara mesti letak jawatan. Bar Council (Majlis Peguam-Peguam Malaysia) tidak boleh diharap,” ujarnya. – MalaysiaGazetet

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast