Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak meneruskan kejatuhannya, didorong oleh kebimbangan bahawa ekonomi global akan terus perlahan dengan sekatan baharu untuk mengekang Covid-19 di China.

Niaga hadapan minyak mentah Brent untuk Oktober akan tamat pada hari Rabu, ditutup pada AS$96.49, turun sebanyak AS$2.82 setong, atau 2.8%.

Kontrak November yang lebih aktif jatuh sebanyak S$2.20 kepada AS$95.64 setong.

Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS susut AS$2.09 atau 2.3%, kepada AS$89.55 setong.

“Kelemahan dari China telah memainkan peranan penting” dalam menurunkan harga, kata Harry Altham, penganalisis tenaga untuk EMEA & Asia di StoneX Group di London.

Malah, katanya, terdapat kebimbangan kejatuhan permintaan di seluruh Barat apabila kadar faedah meningkat dan kebimbangan inflasi mencengkam ekonomi Barat.

Pasaran terutamanya bimbang dengan bekalan yang tidak mencukupi pada bulan-bulan mendatang berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan ketika OPEC bergelut untuk meningkatkan pengeluaran.

Kedua-dua OPEC dan AS menyaksikan pengeluaran mencecah paras tertinggi sejak hari-hari awal wabak koronavirus, dengan pengeluaran OPEC mencecah 29.6 juta tong sehari (bpd) pada bulan terbaharu, menurut tinjauan Reuters, manakala pengeluaran AS meningkat kepada 11.82 juta bpd pada bulan Jun.

Kedua-duanya berada pada tahap tertinggi sejak April 2020.

“Kebimbangan bahawa terdapat kelembapan di sini dan berpotensi untuk beberapa bekalan tambahan yang semakin berkurangan menyebabkan sedikit tekanan ke atas pasaran,” kata Mike Sabo, Pakar Strategi Pasaran di RJO Futures di Chicago.

Jawatankuasa Teknikal Bersama Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, bersama-sama dipanggil OPEC+ berkat,a ia kini menyaksikan lebihan minyak tahun ini sebanyak 400,000 tong sehari, naik 100,000 tong sehari daripada ramalannya sebulan sebelumnya.

Beberapa ahli OPEC+ telah menggesa pemotongan.

Kumpulan itu seterusnya dijangka bertemu pada 5 September ini di tengah-tengah permintaan yang lemah di Asia yang mendorong Arab Saudi menurunkan harga jualan rasminya ke rantau itu.

Stok minyak mentah AS susut sebanyak 3.3 juta tong, Pentadbiran Maklumat Tenaga AS berkata Rabu, manakala stok petrol susut 1.2 juta tong.

Aktiviti kilang China melanjutkan penurunan pada bulan Ogos berikutan jangkitan Covid baharu, gelombang haba terburuk dalam beberapa dekad dan sektor hartanah yang terjejas, sekali gus mengganggu pengeluaran, menunjukkan ekonomi akan berjuang untuk mengekalkan momentum. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast