Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke mahkamah pada hari keputusan sama ada dibebaskan atau disabitkan kesalahan atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar 369 sekolah luar bandar Sarawak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 01 SEPTEMBER 2022.

KUALA LUMPUR -Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan Datin Seri Rosmah Mansor bersalah meminta rasuah sebanyak RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan ketika memutuskan keputusan itu berkata, pendakwaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua tiga tuduhan tersebut.

Jelasnya, Rosmah juga telah gagal membuktikan dirinya tidak bersalah kecuali hanya berterusan menafikan semua pertuduhan tanpa bukti kukuh.

“Saya dapati pembelaan tidak berjaya membuktikan keraguan munasabah. Dengan ini, mahkamah mendapati tertuduh bersalah untuk ketiga-tiga keputusan itu,” katanya.

Mahkamah kini menunggu pasukan peguam Rosmah untuk berhujah bagi mitigasi untuk hukuman yang lebih ringan.

berita menyusul lagi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast