Unimas
Sekitar perjumpaan Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Abd. Razak dan Pengarah Unimas Corporate, Zulkarnaen Ali di Pejabat Malaysia Gazette Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Beberapa wakil dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mengunjungi pejabat Malaysia Gazette di sini, hari ini.

Rombongan Unimas diketuai Pengarah Unimas Corporate, Zulkarnaen Ali serta diiringi Penyelaras Media Massa Unimas Corporate, Dayang Nurlisa Abang Zainal Abidin dan Ketua Pereka Grafik Unimas Corporate, Dayanie Hashim.

Mereka tiba kira-kira pukul 3.30 petang dan diberi taklimat mengenai pengoperasian berita oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Gazette, Noraini Abd. Razak.

unimas
Zulkarnaen, Dayanie dan Dayang Nurlisa turut meluangkan masa melawat studio MalaysiaGazette.

Unimas yang terletak di Kota Samarahan, Sarawak menawarkan lebih 90 program pengajian pelbagai disiplin yang diikuti kira-kira 20,000 pelajar dalam satu-satu masa. – MalaysiaGazette