Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah Sentul menerusi serbuan yang dilakukan di sebuah pondok di Segambut, kelmarin.
Menerusi serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSNJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu, pelbagai jenis dadah seperti heroin, kafein, ketamin dan methamphethamine bernilai RM220,950 dirampas di lokasi serbuan.