Produk kecantikan jenama Charms Cosmetics Skincare sudah 10 tahun berada di pasaran negara ini.

KUALA LUMPUR – Jenama produk kecantikan kulit tempatan, Charms Cosmetics Skincare (Charms) bakal menembusi pasaran Indonesia dalam masa terdekat ini dalam usaha mengembangkan operasi perniagaan di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Charms, Nur Bashirah Hussin berkata, negara jiran itu menjadi pilihan memandangkan permintaan untuk produk penjagaan kulit yang halal apatah lagi Charms sudah mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, setiap produk kecantikan kulit yang dikeluarkan pihaknya juga perlu melalui ujian klinikal dengan Pusat Penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) untuk dianalisis struktur anti penuaan dan komposisi kimia.

“Selain sijil halal, amat penting untuk pengguna memastikan jenama produk telah diuji oleh pakar yang selamat dan bersih untuk setiap jenis kulit.

“Justeru, Charms juga bakal menembusi pasaran Indonesia memandangkan permintaan tinggi untuk produk penjagaan kulit yang halal dari negara seberang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran dan penyampaian anugerah kepada agen berjaya Charms semalam yang turut dihadiri penasihatnya, Datuk Faridah Hanim.

Pada majlis sama, Charms telah melantik selebriti popular, Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah baharu bagi salah satu rangkaian produk terbaharunya iaitu Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser.

Ketika ini, Charms sudah memasuki tahun ke sepuluh di pasaran negara ini dan memiliik 12,000 ejen di seluruh negara.

Charms telah melantik Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah baharu bagi salah satu rangkaian produk terbaharunya.

Nur Bashirah menambah, Charms tidak memikirkan keuntungan dan jualan semata-mata namun menekankan kualiti produk agar menjadi pilihan pengguna berdasarkan keberkesanan dan keselamatan sebagai ciri utamanya.

“Tahun ini, Charms tidak mengeluarkan banyak dan hanya tiga produk sahaja dengan memberi fokus kepada pengguna yang berkulit kering dan melambatkan proses penuaan.

“Dari segi persaingan, untuk produk bertahan lebih daripada lima tahun sangat sukar tetapi Charms sudah 10 tahun berada dalam pasaran iaitu sejak 2012.

“Jadi untuk terus bertahan, Charms sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan untuk penambah baik produk yang dikeluarkan dan mengukuhkan kesesuaian mengikut kehendak pasaran,” katanya.

Mengenai pemilihan Heliza, Nur Bashirah berkata, wanita berusia 36 athun itu menjadi pilihan syarikatnya kerana diamerupakan pengguna produk Charms yang setia dan mementingkan penjagaan kulit sejak 2017.

“Heliza sudah lama bersama kami dan di sebalik tugasa harian sebagai seorang selebriti yang sibuk, dia masih menjaga kulit wajah yang cantik dan kekal muda hingga mampu menjadi inspirasi kepada peminatnya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast