Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian awal pagi tadi di Taman Seri Jaya.

MUAR – Seorang pemandu mati tersepit selepas kereta dipandunya terbabas setelah melanggar pokok di bahu jalan dalam kejadian di Taman Seri Jaya Bukit Gambir di sini  awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor dalam kenyataan medianya memberitahu, mangsa lelaki berusia 32 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat  kejadian oleh Pembantu Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan.

Dalam kejadian itu pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sehingga selesai.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette