Jenama Plie ini telah dibawa masuk ke Malaysia sejak tahun 2020.

KUALA LUMPUR – Jenama pakaian dalaman wanita terkenal dari Brazil, Plie berhasrat melebarkan sayapnya di negara secara agresif selepas berakhir pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif, Plie Malaysia, Adeline C berkata, selepas menembusi pasaran Malaysia pada 2020, pihaknya terpaksa berdepan krisis untuk mempromosi rangkaian produk kepada orang ramai secara fizikal.

Namun beliau berkata, pada masa sama, pandemik selama dua tahun telah mewujudkan kesedaran masyarakat  dalam menjaga kesihatan dengan lebih baik apabila terdapat banyak masa yang terluang di rumah.

“Dengan pengalaman selama 20 tahun penyelidikan, reka bentuk dan inovasi di Brazil akhirnya jenama ini telah berada di Malaysia untuk membantu golongan wanita terutamanya dari pelbagai saiz tubuh badan dan tanpa mengira peringkat umur.

“Bertujuan untuk memberi dukungan dan solusi yang berkesan, Plie Malaysia turut membantu golongan ibu mengandung dan para ibu yang menjalani proses pantang selepas melahirkan.

“Di samping itu, kami juga hadir dengan koleksi pakaian dalam yang selesa bagi golongan wanita yang aktif bersukan, pesakit yang baru menjalani prosedur pembedahan dan untuk golongan wanita yang ingin kelihatan anggun dan yakin dengan bentuk tubuh badannya sepanjang masa,” katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun kedua Plie Malaysia.

Adeline C yang bertindak sebagai pengedar eksklusif Plie Malaysia sejak tahun 2020.

Adeline menambah, pihaknya merancang untuk mengembangkan sayap perniagaan ke bidang perubatan dengan mengeluarkan kepelbagaian produk yang sesuai untuk kegunaan pesakit di hospital.

“Kesemua rangkaian pakaian dalam yang dihasilkan oleh Plie diilhamkan secara eksklusif dari Brazil yang bertujuan untuk memberi sokongan tambahan terhadap tubuh badan terutama sekali pada sekitar bahagian tulang belakang dan perut.

“Fabrik untuk semua produk Plie sangat selesa kerana kami berganding bahu dengan pembekal benang terbaik di dunia seperti Emana dan Supplex.

“Sebagai ciri tambahan, setiap helaian menawarkan keupayaan hidrofilik dan menyerap kelembapan. Atas faktor ini, menjadikan Plie sebuah produk yang lebih selesa apabila dipakai. Malah kesemua produk kami sesuai dipakai sepanjang hari,” katanya.

Sementara itu, semua produk Plie boleh didapati dalam pelbagai pilihan saiz bermula daripada S hingga XXL dengan harga antara RM200 hingga RM800.

Sementara itu, jenama Plie ini telah dibawa masuk oleh Adeline yang bertindak sebagai pengedar eksklusif di Malaysia sejak tahun 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast