Kerajaan Negeri Selangor tetap meneruskan penyahwartaan kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah bagi mengelak risiko tindakan undang-undang oleh syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan di tanah itu.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, penyiaran nyahwarta kawasan itu pada 5 Mei lalu dibuat untuk melengkapkan proses yang terhenti sekitar 2006.