Laluan pesawat Cessna sebelum terhempas di Laut Baltik.

MADRID – Serpihan dan minyak telah ditemui selepas sebuah pesawat Cessna persendirian terhempas ke Laut Baltik di luar pantai Latvia selepas penerbangan misteri dari selatan Sepanyol.

Cessna, yang didaftarkan di Vienna, sepatutnya mendarat di Cologne, Jerman, sebaliknya menuju ke Baltik.

Ahli perniagaan Jerman, Peter Griesemann yang menaiki pesawat peribadinya itu disahkan meninggal dunia.

Tiga lagi mangsa, isteri Griesemann, anak perempuan dan teman lelakinya.

Griesemann terkenal dalam kalangan penganjur Cologne Carnival.

Beliau adalah Presiden Blaue Funken – salah satu persatuan karnival tertua.

Apabila Cessna 551 gagal menjawab panggilan pengawal, jet pejuang Jerman dan Denmark dihantar untuk mengesan.

Sebuah lagi helikopter Sweden turut terlibat mencarinya.

Latvia kini menghantar tiga kapal kecil dan sebuah helikopter di kawasan nahas.

“Kami menjumpai tiga bahagian pesawat,” kata perkhidmatan mencari dan menyelamat maritim Latvia (MRCC) kepada BBC.

Jurucakap Liva Veita berkata, tiada tanda-tanda mangsa hidup dalam Cessna itu.

Dia juga mengesahkan laporan awal bahawa minyak telah dilihat di sana.

Beliau berkata, dua kapal tentera laut Latvia dan sebuah kapal pengawal pantai berada di lokasi nahas, barat laut Ventspils, serta sebuah helikopter pengawal sempadan Latvia.

Quick Air, sebuah syarikat sewa pesawat yang berpangkalan di Cologne memberitahu agensi berita Reuters, pesawat itu adalah pesawat peribadi Peter Griesemann.

Ia mengesahkan kematiannya dan berkata tiga yang lain turut berada di dalam pesawat, tetapi tidak mengenal pasti mereka.

Keluarga Griesemann memiliki sebuah rumah percutian di kawasan Cádiz di barat daya Sepanyol, laporan media Jerman.

Terdahulu, juruterbang NATO dan pegawai Sweden yang menjejaki pesawat itu tidak melihat sesiapa di dalam kokpit.

“Pesawat itu terbang dari Sepanyol ke Cologne, tetapi semasa penerbangan pesawat itu menukar laluan penerbangannya.

“Pengawal trafik udara tidak dapat berkomunikasi dengan kru pesawat itu,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Latvia dalam satu kenyataan.

Laman web pengesanan data FlightRadar24 mengatakan pesawat itu berlepas dari bandar Jerez de la Frontera di Sepanyol pada 12:56 GMT.

Pada jam 17.37, FlightRadar24 melaporkan pesawat itu ‘hilang’ kelajuan dan ketinggian.

Akhbar Jerman, Bild berkata, pesawat itu melaporkan masalah tekanan kabin selepas berlepas dan hubungan terputus selepas ia melintasi Semenanjung Iberia. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast