KUANTAN – Dua mayat lelaki termasuk salah seorang telah berulat ditemui dalam dua bilik berasingan di sebuah rumah berkembar dua tingkat dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kedua-dua mayat mangsa berusia 91 dan 52 tahun ditemui oleh anak mangsa warga emas itu.
Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa warga emas ditemui di atas katil di di bahagian ruang tamu rumah.
“Mangsa dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia kerana keadaan mayat membengkak dan berulat.
“Manakala mangsa kedua ditemui di tingkat atas,” katanya.
Tambah Wan Mohd Zahari, siasatan awal yang dijalankan mendapati tiada unsur jenayah.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.
Buat masa ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MalaysiaGazette