Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menghancurkan UMNO kerana beliau tahu hanya parti ini sahaja yang boleh mendedahkan kerosakan yang beliau lakukan pada Malaysia.

Oleh kerana itu, bekas Perdana Menteri itu memberi pelbagai gelaran buruk yang dilabel kepada UMNO seolah-olah parti ini langsung tiada jasa padanya.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, dendam dan tahap kebencian bekas Perdana Menteri itu kepada UMNO cukup tebal dan bencinya pada Datuk Seri Najib Razak hanya Allah yang tahu.

Sedangkan, katanya, UMNO yang dibenci dan dituduh dengan pelbagai gelaran inilah yang memberikan Mahathir kedudukan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Selama 22 tahun itu, tambah beliau, Mahathir telah mengkaya-rayakan kroninya, malah, anak-anak beliau juga senang-lenang.

”Oleh itu Tun … usah ingat rakyat tidak tahu semua ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Shamsul Anuar mengulas kenyataan Mahathir bahawa hukuman penjara yang dihadapi oleh Najib tidak membersihkan UMNO daripada budaya rasuah.

Ini kerana, dakwanya, UMNO yang kini dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan lagi seperti parti yang berperang disertai beliau suatu masa dahulu.

“Pemenjaraan Najib tidak membersihkan UMNO. Budaya UMNO bukan budaya parti di waktu ia ditubuh. Ini bukan parti UMNO lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

Pemenjaraan Najib tak bersihkan UMNO dari budaya rasuah, dakwa Mahathir

1 Komen

  1. Hanya UMNO boleh dedahkan kerosakan dilakukan Mahathir pada Malaysia
    apa lagi DAKWA TUN sementara masih HIDUP XPERLU BERAHSIA ATAU BELAS….BUKTIKAN SALAHLAKU DAN RASUAH TUN

Comments are closed.