KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengemukakan representasi terbaharu membatalkan baki sembilan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang sedang dihadapinya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dua hari lepas.
Ketika prosiding hari ini di Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendakwa Raya, Raya Nik Haslinie Hashim berkata, pihaknya sudah menerima representasi terbaharu pada Isnin lalu namun masih belum dibawa kepada perhatian AGC kerana belum menerima arahan lagi.
Nik Haslinie berkata, beliau menerima arahan untuk mendapatkan tarikh sebutan dalam tempoh dua minggu bagi memaklumkan status representasi.
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi menetapkan 23 September ini bagi sebutan kes bagi menetapkan tarikh perbicaraan andainya representasi tersebut ditolak.
Peguam mewakili Abdul Azeez turut memaklumkan pihaknya telah mengemukakan representasi berkenaan pada 5 September lalu selepas Mahkamah Rayuan membatalkan empat daripada 10 pertuduhan pengubahan haram yang dikenakan terhadap anak guamnya pada tarikh itu.
Peguam Ahli Parlimen Baling juga memberitahu representasi terdahulu yang telah di hantar itu hampir sama faktanya dengan yang kelima namun ianya dalam peringkat penelitian.
Isnin lepas tiga panel dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md. Said telah menerima empat daripada 13 rayuan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi oleh Abdul Azeez.
Mahkamah membuat ketetapan menolak dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini dalam sembilan kes membabitkan rasuah dan penggubahan wang.
Keputusan yang dibaca lebih satu jam itu oleh Abu Bakar menyatakan mahkamah membatalkan empat kes berkaitan penggubahan wang haram iaitu AMLA manakala enam lagi kes AMLA lain dan rasuah dikekalkan.
Abdul Azeez kekal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas sembilan lagi dakwaan ke atasnya berhubung rasuah serta AMLA pembinaan projek jalan raya di Perak dan Kedah. -MalaysiaGazette