SHAH ALAM – Pusat Pendaftaran Sistem Pengesan Maklumat Pelarian (TRIS) diarahkan membuat penambahbaikan sistem sedia ada bagi menepati kehendak dan keperluan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya memerlukan maklumat lengkap tentang setiap pelarian yang berdaftar dengan TRIS, termasuk pasangan dan ahli keluarganya di negara ini.
“Banyak perkara kita telah bincangkan dari segi pemprofilan kena lengkap, buat masa ini tidaklah seperti apa yang kita mahu.
“Kalau sudah berkahwin, kita nak tahu siapa suaminya, kalau lelaki, siapa isterinya, anak-anaknya, perlu pemprofilan secara lengkap.
“Kita tidak mahu apa mereka lakukan ini macam pemprofilan secara am sahaja bagi memudahkan kerajaan memberi akses kepada kemudahan di negara ini,” katanya pada sidang media di pusat pendaftaran kad identiti khas (MyRC) di D’Sara Sentral, Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Tambahnya, penambahbaikan sistem TRIS itu penting bagi mengelakkan keluarga pelarian tidak mempunyai rekod maklumat berpuluh tahun lamanya.
“Kita nak lengkap kerana keperluannya untuk memberi kemudahan, seperti latihan
“Daripada apa yang kita kesan, ada yang duduk sini lebih 30 tahun. Sebab itu kita nakkan kepastian,” katanya lagi. – MalaysiaGazette